Tatabahasa adalah cara menggunakan bahasa.
Ini bermakna setiap bahasa di dunia ini mempunyai
tatabahasa. Demikianlah bahasa Malaysia.
Dalam pertuturan kita berkata, saya makan nasi bukan
nasi makan saya atau saya nasi makan.
Dengan ini dapatlah dikatakan tatabahasa adalah
pengetahuan asas bahasa. Daripada tatabahasa
akan berkembang kosa kata dan pembinaan ayat.
Perkembangan seterusnya dapat menulis karangan atau
menyampaikan pendapat.
Penerbitan buku Bahasa Malaysia UPSR, Latihan
Tatabahasa memberi pengetahuan asas Bahasa Malaysia
kepada murid-murid sekolah rendah. Pengetahuan asas ini
dapat diperkembangkan dari semasa ke semasa dengan
bantuan guru, bacaan dan latihan.
Diharap buku ini dapat menambahkan lagi bahan
pembelajaran bagi murid-murid khususnya calon-calon
UPSR.