Penulisan karangan memerlukan kemahiran. Kemahiran ini
terbahagi kepada dua iaitu kemahiran bahasa seperti penggunaan
tatabahasa yang betul, penggunaan kata yang tepat, binaan ayat
yang baik dan sebagainya.
Kemahiran yang kedua ialah kemahiran khusus dalam menulis
jenis-jenis karangan iaitu berita, memberi gambaran, berimaginasi,
berhujah, memberi pendapat dan sebagainya.
Kemahiran-kemahiran ini diperoleh melalui latihan yang intensif
dan konsisten. Hanya dengan cara ini kemahiran diperoleh dan
seterusnya menghasilkan karangan yang bermutu.
Selain itu, pengetahuan am hendaklah luas. Tanpa pengetahuan
yang mencukupi sukar untuk menghasilkan karangan yang
bermutu. Oleh itu, di samping membuat latihan untuk mendapat
kemahiran, jangan lupa membaca bahan-bahan terpilih untuk
mendapat pengetahuan sebagai isi karangan.
Buku ini menyediakan bahan latihan untuk para murid
mendapat kemahiran yang diperlukan. Tajuk-tajuk yang dipilih
berkait rapat dengan isu semasa dan padat dengan isi-isi yang
tepat.