Buku ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian pertama Kata
Kerja dan bahagian kedua Kata Adjektif.
Kata kerja atau verba daripada bahasa Inggeris ‘verb’ dulunya
disebut kata perbuatan. Kata kerja menunjukkan perbuatan
manusia, haiwan dan benda-benda hidup seperti makan, minum,
sepak, pukul dan lain-lain.
Kata adjektif (daripada bahasa Inggeris adjectives) pula
dulunya disebut kata sifat. Kata adjektif menerangkan keadaan
atau rupa manusia, haiwan dan benda-benda seperti besar, kecil,
ganas, garang, sedih dan sebagainya.