Kata ganda atau kata ulang adalah kata yang
disebut atau ditulis berulang dengan menggunakan
sempang ( – ). Kata ganda menunjukkan beberapa
perkara seperti berikut:
a) nama sesuatu alat
b) bilangan yang banyak
c) perbuatan saling dilakukan
d) pelbagai makna
Kata ganda terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
a) gandaan penuh
b) gandaan separa
c) gandaan berentak
Buku ini sesuai digunakan oleh murid-murid yang akan menduduki UPSR sebagai rujukan. Ayatayat diberi sebagai contoh penggunaan dan menerangkan makna kata. Ilustrasi digunakan supaya menjadikan buku ini lebih lengkap. Diharap buku ini dapat membimbing muridmurid
supaya meningkatkan pencapaian kemahiranberbahasa.