Buku ini memberi pendedahan tentang maksud organisasi secara umum. Oleh kerana kewujudan sesebuah organisasi itu mempunyai matlamat halatuju yang ingin dicapai maka ruangan yang dinamakan pejabat perlu diwujudkan. Bab ini juga mendedahkan peranan yang dimainkan oleh pejabat, fungsi khusus pejabat serta struktur dalaman sesebuah pejabat. Buku ini sangat penting kepada mereka yang akan bekerja di sebuah pejabat organisasi. Pengetahuan sedia ada seseorang terhadap pengkhususan tertentu berkemungkinan tidak termasuk pengetahuan tentang persekitaran pejabat yang bakal menjadi tempat atau ruangan kerjaya mereka. Buku ini sangat penting kepada semua pengurus, para graduan dan pencari kerja kerana ia membantu mereka memahami persekitaran pejabat.