Sebelum melaksanakan sesuatu acara sesebuah persatuan, NGO atau institusi perlulah merancang terlebih dahulu. Biasanya perancangan acara ini termasuk dalam senarai aktiviti tahunan. Perancangan awal penting bagi mengelakkan berlaku pertindihan perlaksanaan beberapa acara tetap institusi, acara yang berstatus tetap atau berulang pada setiap tahun perlu dirancang dengan baik kerana ia merupakan KPI organisasi. Perancangan awal boleh mengelakkan perebutan lokasi, mengelakkan pertindihan tarikh serta memudahkan peserta membuat keputusan penglibatan. Pemilihan lokasi yang baik sangat penting kerana ia merupakan faktor yang mempengaruhi jumlah penyertaan acara. Buku siri 2 ini memberikan beberapa pendedahan baru lanjutan kepada Siri pertama.