Adakah anda seringkali berasa letih dan lesu dalam kehidupan seharian? Jika jawapannya adalah ‘YA,’ periksa kembali sama ada anda ada meminum air yang mencukupi untuk keseimbangan fungsi tubuh. Sebenarnya, tubuh kehilangan cecair apabila anda banyak berjalan, bersenam, berpeluh akibat cuaca dan sebagainya. Sekiranya kandungan air dalam badan tidak mencukupi, ia boleh menjejaskan tahap kecerdasan fizikal. Oleh itu,dengan meminum lapan gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan dapat membantu tubuh berfungsi pada tahap yang optimum.