“Zura mengingatkan saya dengan seseorang.” “Siapa?” tanyaku. Aku masih di muka pintu. Aku berasa pelik. Mengapa pensyarah berambut kerinting itu bergurau senda sehingga aku mula mengenali peribadi lelaki itu. Mengajarku graf lengkungan yang tidak pernah dipelajarinya sebelum ini. Aku hanya tahu graf normal. Berkenaan graf cinta dan graf hati, aku baru sahaja belajar pada hari itu dengan Sofean. Sofean suka mengusikku. Ada sahaja ideanya untuk mencuit agar aku marah, geram, dan benci padanya. Lain lelaki, lain cara mengungkapkan rasa suka. Dengan melukiskan graf cinta, adalah cara yang terbaik agar Faizurah memahami akan maksud hatinya. “Seseorang yang istimewa!” gurau Sofean. Dia seorang yang serius menjadi segan untuk meluahkan rasa hati.