Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu bagi Sijil Pelajaran Malaysia terdiri daripada dua bahagian iaitu Kertas 1 dan Kertas 2. Dalam kertas 1 terdapat soalan 1: Rumusan, soalan 2: Pemahaman 2(a) – Petikan Umum 2(b) – Petikan Prosa Moden 2(c) Petikan Prosa Tradisional 2(d) Puisi Tradisional dan soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa. Kertas 2 bahagian penulisan.
Buku Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Dinamik SPM untuk Tingkatan 4 dan 5 disediakan untuk memenuhi kehendak soalan 3 kertas 1. Buku ini terdiri daripada bahan-bahan contoh dan latihan tentang tajuk yang akan dijadikan soalan peperiksaan SPM. Bahan-bahan itu seperti ejaan, tatabahasa, rangkai kata, ayat pasif/aktif, cakap ajuk/pindah, peribahasa dan lain-lain.
Contoh-contoh dan latihan yang terdapat di dalam buku ini dapat membantu para pelajar belajar sendiri dan membuat latihan sebanyak mungkin supaya kemahiran ini benar-benar dapat dikuasai para pelajar. Membaca bahan-bahan seperti akhbar dan majalah boleh membantu para pelajar menambah lagi bahan pembelajaran.
Dengan penerbitan buku ini dapatlah membantu para pelajar menempuh peperiksaan SPM dengan lebih yakin. Pelajar-pelajar tingkatan empat wajar memiliki buku ini sebagai persediaan untuk menghadapi SPM.