APA YANG ANDA PELAJARI DARI EBOOK INI?
Ya. Itu yang anda tertanya-tanya. Sebenarnya saya cuba berkongsi ilmu paling mudah yang ramai usahawan terlepas pandang. Ramai yang membelanjakan modal tinggi ikuti kursus pemasaran malah membeli software untuk mendapatkan data base bakal pelanggan. Sedangkan anda boleh dapatkan dengan percuma dengan hanya gunakan Google Form.
Bila saya kongsi pada rakan-rakan ada yang ketawakan saya kerana mereka menganggap google form terlalu basic. Tetapi sebelum ebook ini ditulis saya telah buat kajian pengguna dan agak mengejutkan 80% dari usahawan yang saya temui masih tidak tahu menggunakan Google Form ini!.
Oleh kerana itu, saya mendapat ilham untuk menghasilkan ebook ini sebagai panduan kepada mereka.