Di era masa kini penyelidikan merupakan salah satu proses pembelajaran yang menyumbang kepada pembangunan ilmu. Menerusi aktiviti penyelidikan, pelbagai penemuan baru telah berjaya diketengahkan. Namun setiap penyelidikan perlu membuktikan tahap kewajaran kajian yang bakal dilakukan khususnya dalam penyediaan kertas cadangan penyelidikan atau lebih dikenali sebagai ‘Research Proposal’. Justeru Ebook ini telah mengenengahkan perkara asas yang menjadi panduan serta tip mudah dalam memantapkan kertas cadangan penyelidikan serta diterima baik oleh panel penilai. Justeru buku ini boleh dijadikan sebagai panduan khusus para pelajar penyelidikan dalam menyediakan kertas cadangan penyelidikan yang baik dan berkualiti.