Ebook ‘Jangan Koyak Emosi’ ini lebih memfokuskan kepada bagaimana untuk mengendalikan Emosi, daripada aspek sirah Rasulullah SAW, aspek Barat dan banyak lagi yang amat berkesan dalam menangani emosi yang negatif menjadi positif. Sebenarnya, apabila segala kesulitan menyerbu dari segala arah dan menyerbu datang bertubi-tubi seakan-akan diri tidak sempat bernafas Pulang dan serahkan kembali diri yang dhoif lagi hina ini kembali kepada PenciptaNya yang Maha Segalanya Tenanglah wahai diri yang alpa untuk terus menadah doa dalam rahmat Ilahi Ya Allah, ikhlaskan hatiku untuk meredhai dan melepaskan apa jua yang bukan ditakdirkan menjadi milikku dalam persinggahan sedetik ini Lapangkanlah hatiku untuk menerima segala ketentuanMu walaupun perit dan pedih untuk mengharungi gelora badai yang terus mengganas tanpa surutnya Kerana hambaMu ini tahu PerancanganMu amat berseni dalam Cinta Abadi