Dalam Ebook ini penulis mendefinisikan Isu Palestin bukanlah isu baru bagi dunia Islam dan masyarakat antarabangsa. Bahkan ia turut menjadi isu kemanusiaan sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan negara. Dalam suasana aman yang dinikmati oleh umat Islam di Malaysia, rakyat di tebing Gaza dihurung kelaparan, bergelap dan tidak tentu arah kerana kekejaman tentera Israel. Terasa seperti penghapusan rakyat Palestin secara besar-besaran sedang berlaku. Bayangkan senario sama berlaku di negara kita. Pasti luluh hati mendengar tangisan anak-anak kecil disulami rintihan orang-orang tua dan mangsa cedera yang terlantar. Justeru, apa tindakan kita, cukupkah sekadar meluahkan simpati di media sosial tatkala insan sesama agama kini dizalimi Zionis? Pertamanya, marilah panjatkan doa untuk pejuang-pejuang Palestin dalam munajat pada malam hari. Kedua, infakkanlah sedikit wang untuk mereka, Kasihanilah mereka. Bangkitlah wahai umat islam, bangunlah keihsanan, Ya Allah kasihani rakyat Palestin. Rahmati dan Tolonglah mereka. Aamiin.