Modul Kursus Celik Budaya: Panduan Melatih Kaunselor untuk Meningkatkan Kompetensi Kaunseling Pelbagai Budaya merupakan modul lanjutan bagi tujuan pembangunan profesional berterusan untuk para kaunselor profesional khususnya dan juga sesuai untuk ahli profesional membantu yang lain. Ianya dihasilkan dari proses penyelidikan yang sistematik dan telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Modul ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan kaunselor di Malaysia.