Buku ini ditulis untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kaunseling pelbagai budaya kepada pembaca khususnya para pelajar kaunseling. Pelajar akan belajar teori, kemahiran dan pendekatan tertentu yang boleh digunakan dalam sesi kaunseling bersama klien daripada kelompok budaya yang pelbagai termasuklah golongan minoriti.