BUKU ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu SIMPULAN BAHASA dan PERUMPAMAAN beserta dengan maknanya dan contoh ayat sekali yang bersesuaian dengan tahap para pelajar di peringkat sekolah rendah. Setiap Simpulan Bahasa dan Perumpamaan disusun mengikut susunan huruf abjad.
SIMPULAN BAHASA memberi maksud, sesuatu ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan yang membentuknya. Contohnya: Ketam batu (ertinya: Sangat kedekut).
PERUMPAMAAN pula bermaksud sesuatu perkataan atau ungkapan kata yang memberi erti kepada ajaran, teladan buruk dan baik. Contohnya: Seperti kacang lupakan kulit (Maknanya: Tidak tahu mengenang budi).
Diharapkan semoga buku ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar sekalian terutamanya dalam pembelajaran subjek Bahasa Malaysia.