Dalam kehidupan seharian, kita perlu
berinteraksi, berbincang, berbual dan sebagainya.
Untuk melakukan semua ini kita hendaklah
mempunyai pengetahuan. Kalau tidak kita akan
ketinggalan dalam perbincangan atau perbualan.
Semua yang dikatakan ‘tidak tahu’ dan ‘ternganga’
kerana sifat ‘katak di bawah tempurung’.
Atas kesedaran ini, buku KUIZ CEMERLANG
UNTUK PELAJAR DAN UMUM ini diterbitkan untuk
menambahkan pengetahuan atau mengingat
semula pelajaran akademik pernah dipelajari 5
atau 10 atau 20 tahun dahulu. Begitu juga dengan
pengetahuan terbaru. Semua ini menjadikan kita
berpengetahuan lengkap. Kata orang, kita boleh
pergi ke mana-mana, ke tengah atau ke tepi.
Berdasarkan keperluan ini buku ini amat
berguna. Murid-murid dan golongan muda atau
sesiapa sahaja wajar mendapat pengetahuan untuk
melengkapi diri sesuai berada di dunia global.