Ramai murid yang cerdik tetapi tidak ramai murid yang
cerdas. Cerdas bererti kesempurnaan akal untuk berfikir.
Satu kelainan cerdas daripada cerdik adalah kepantasan
berfikir, menyelesaikan masalah atau menjawab soalan
dengan cepat. Dengan kata lain, murid yang cerdas dapat
menjawab soalan dengan lebih cepat berbanding murid
yang cerdik.
Bagaimanapun, untuk menjadi cerdas, murid-murid
hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
Seseorang itu tidak boleh dinilaikan cerdik atau cerdas
kalau tidak berpengetahuan. Dengan kata lain, bagaimana
seorang hendak menjawab soalan yang dia tidak ada asas
pengetahuan itu. Sebagai contoh, seorang murid ditanya
tentang tanda-tanda isyarat jalan raya, dia boleh menjawab
soalan jika dia pernah belajar perkara itu.
Buku Ujian Darjah Kecerdasan atau Intelligence
Quotient (I.Q.) dirangka untuk membolehkan murid-murid
menilai kecerdasan diri dan melengkapkan dengan
pelbagai pengetahuan. Mengetahui kedudukan diri dapat
membantu kecerdasan diri.
Jadikanlah orang yang berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif dengan kecerdasan yang ada.