Buku ini mengisahkan perjalanan hidup seorang guru dari perspektif seorang anak remaja. Beliau menjadikan kisah ibunya sebagai satu kekuatan dan suri teladan. Pelbagai liku-liku hidup dipersembahkan dalam sebuah penceritaan yang digarap kemas oleh penulis muda ini. Semoga segala perkongsian cerita menjadi asbab kebaikan dunia dan akhirat.