Sesiapa yang berhasrat menulis e-book mesti membaca siri 1 ini kerana ia membimbing pembaca kepada 3 panduan yang lazimnya diperlukan oleh bakal penulis dan pencinta ilmu: (1) Mendedahkan tip menulis e-book dengan pendekatan yang mudah, cepat dan teratur. (2) Menerangkan item yang perlu disediakan dan proses permohonan eISBN beserta contoh. (3) Menjelaskan cara - cara penerbitan e-book menggunakan kaedah swaterbit.