Naskah comel ini mengandungi perkongsian pengalaman 10 tahun dalam pembuatan kek lapis di rumah kepada pembaca yang diserikan dengan aspek inovasi - kek diadun dengan buah-buahan segar yang menambahkan keenakan rasanya. Kandungan ebook ini mudah diikuti, dibekalkan dengan cara membuat kek serta tip yang disampaikan dengan jelas dan terperinci. Pembeli juga akan disediakan satu kumpulan WhatsApp untuk bertanya-tanya tentang apa sahaja yang berkaitan dengan resepi dan cara yang dipaparkan di dalam ebook.