Setiap penerbitan buku menampilkan rekaan bentuk e-book yang tersendiri. Reka bentuk e-book memainkan peranan yang penting untuk menghebahkan dan menyampaikan informasi serta maklumat awal kepada pembaca. Reka bentuk e-book menjadi elemen pertama dilihat oleh pembaca ketika proses memilih e-book untuk dibeli. Ketika ini, pembaca cuba untuk memahami apa sahaja informasi yang terdapat pada reka bentuk e-book tersebut. Kemudahbacaan pada reka bentuk e-book merujuk kepada tafsiran visual illustrasi atau fotografi yang dilihat sama ada ianya difahami dengan mudah atau sebaliknya. Penggunaan dan pemilihan visual yang baik dapat memudahkan pembaca untuk memahami maksud yang hendak disampaikan dengan pantas. Bagaimana menghasilkan e-book dengan menarik dan mudah menggunakan aplikasi CANVA? Jom, kita terokai bersama ke dunia "CANVA"!