Setiap penerbitan buku menampilkan rekaan bentuk kaver e-book yang tersendiri. Reka bentuk kaver e-book memainkan peranan yang penting untuk menghebahkan dan menyampaikan informasi serta maklumat awal kepada pembaca. Reka bentuk kaver e-book menjadi elemen pertama dilihat oleh pembaca ketika proses memilih e-book untuk dibeli. Ketika ini, pembaca cuba untuk memahami apa sahaja informasi yang terdapat pada reka bentuk kaver e-book tersebut. Kemudahbacaan pada reka bentuk kaver e-book merujuk kepada tafsiran visual illustrasi atau fotografi yang dilihat sama ada ianya difahami dengan mudah atau sebaliknya. Penggunaan dan pemilihan visual yang baik dapat memudahkan pembaca untuk memahami maksud yang hendak disampaikan dengan pantas. Apakah perkara yang wajib ada pada kaver e-book? Bagaimana menghasilkan kaver e-book dengan menarik dan mudah menggunakan CANVA? Jom, kita terokai bersama ke dunia "CANVA"!