Sebuah ebuku yang berkualiti sudah pasti boleh menarik dan mengekalkan minat dan perhatian pembaca, menunjukkan perkaitan isinya dengan dunia nyata dan membacanya boleh memberi keyakinan serta meningkatkan motivasi diri. Sehubungan itu, ebuku ini menghuraikan kriteria kualiti sebuah ebuku, menerangkan sebuah kerangka mudah untuk menulis sebuah ebuku berkualiti dan menjelaskan kepentingan memohon International Standard Book Number (ISBN) dan Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (PDP) serta proses-proses yang berkaitan dengannya dan lain-lain lagi.