Naskhah disajikan khas untuk ibu ayah yang mengharapkan redha Allah bagi menguruskan pendidikan anak-anak lelaki di dalam rumahtangga. Penulis telah merakamkan sisi tanggungjawab ibu ayah di dalam menggalas amanah mendidik mereka dari empat skop utama iaitu kerohanian, pembelajaran, sikap dan juga tugasan rumahtangga. Perkongsian tip peranan ibu ayah dibuat dengan pendekatan bersahaja supaya kandungan ebook mendekati hati semua lapisan pembaca.