Kami menemui satu isu berkaitan seluar yang diperbuat dari fabrik infrared yang mampu memberi kesan pemulihan kepada pengguna yang mengalami masalah kesihatan seperti sakit tulang belakang, sakit lutut, haid tidak teratur, masalah berat badan dan sebagainya. Seluar ini didakwa dibuat dari fabrik berteknologi tinggi dijual sebagai pakaian kesihatan dengan harga yang mahal. Fabrik ini didakwa berupaya memancarkan radiasi far infrared bagi tujuan terapi kesihatan. Kedengaran persis sebuah mitos dan penipuan. Sekiranya ia sebuah penipuan, kami berharap ia dapat dibongkarkan. Sekiranya benar, kami berharap ia dapat memberi manfaat kepada ramai orang yang mengalami masalah kesihatan yang serupa.