Buku ini menerangkan langkah demi langkah untuk menulis dan menerbitkan ebook dengan cara yang mudah dan pantas. Terdapat juga tip-tip, senarai semak dan templat gerak kerja yang pratikal khusus untuk penulis dan penerbit baharu berserta link kepada borang-borang permohonan dan sumber rujukan. Bukan itu sahaja, malah penulis turut berkongsi beberapa panduan untuk pemasaran ebook seperti di media sosial, shopee dan juga laman sesawang. Diselitkan juga jemputan kepada telegram untuk mendapatkan templat canva dan e-planner secara percuma.