Petikan panduan kehidupan yang saya catat dalam buku nota sepanjang hidup. Saya suka catat apa-apa yang boleh memberi motivasi kepada diri. Bukan saja motivasi tetapi saya mahu jadikan ianya sebagai panduan disaat saya rasa give up. Sudah tentulah Al-Quran dan hadith menjadi rujukan utama dalam hidup.Buku ini agak istimewa kerana saya hanya mengambil petikan-petikan pendek dan ringkas dari kumpulan nota saya.