Laut mana tiada pasang dan surut. Pantai mana yang tidak dilanda ombak. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Masalah adalah sesuatu yang lumrah untuk kita hadapi dan hadapi lagi. Namun ia memberi kesan kepada kehidupan dan memerlukan cara untuk kita menghadapinya. Masalah ada kalanya nyata, ada kalanya tersembunyi. Kemahiran menyelesaikan masalah setelah ia muncul adalah satu kemahiran yang dicari. Namun kemahiran mengesan masalah tersembunyi adalah lebih mahal dan dituntut. Berita baiknya ia boleh dipelajari malah ada yang boleh dikesan dengan bantuan teknologi. Buku ini membincangkan secara umum tentang kemahiran insaniah dalam mengesan masalah tersembunyi. Semoga bermanfaat, supaya hidup kita lebih ceria dan bermakna. Masalah dan Penyelesaian mempunyai corak di mana maklumat dalam petikan dinyatakan sebagai dilema atau isu (masalah) dan sesuatu pernah, boleh, atau patut dilakukan untuk membetulkan isu ini (penyelesaian atau cubaan penyelesaian). Struktur masalah dan penyelesaian mungkin kelihatan seperti mudah untuk dikenal pasti dan difahami, tetapi sering dikelirukan dengan corak sebab dan akibat (cause and effect), kerana kedua-duanya mempunyai struktur hubungan; walau bagaimanapun, jika anda sudah memahami, anda akan agak mudah untuk membezakan yang mana sebab dan yang mana adalah akibat. Sebab dan akibat tidak mencadangkan penyelesaian. Hanya menjelaskan mengapa atau bagaimana ia berlaku. Dari situ penyelesaian menjadi semakin jelas.