Ku Pilih Jalan Ini, kerana aku yakin inilah jalan yang terindah. Indahnya satu perjalanan bukan bermaksud setiap yang dilalui itu mendamaikan, tapi ianya penuh dengan onak duri, ribut taufan dan semak samun yang tetap jua ditempuh dengan hati yang penuh semangat juang. Jalan yang sukar telah aku tempuhi, dan jalan yang sukar itu pasti kembali, kerana hidup yang tidak pernah diuji, adalah kehidupan yang tanpa erti.