Wanita diibaratkan sebagai permata yang harus dilindungi dan disayangi. Golongan ini merupakan tulang rusuk bagi kaum adam dan merupakan tulang belakang sesebuah keluarga hatta Negara. Tanpa wanita, keluarga, masyarakat, organisasi, dan negara tidak dapat beroperasi dengan lancar. Dalam kesibukkan menjalani kehidupan seharian, golongan inilah yang banyak berbakti demi orang tersayang. Sudah terang lagi bersuluh, martabat wanita perlulah diperjuangkan kerana wanita merupakan tonggak kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Layarilah ebook ini!