Ebook ini mengisahkan tentang perbankan Islam di Malaysia. Perbankan Islam di Malaysia mempunyai satu sistem yang amat sistematik. Perbankan Islam ini juga mempunyai pelbagai manfaat yang baik yang boleh diterima oleh para pengguna perkhidmatannya. Perbankan dalam Islam memberi impak yang amat besar kepada ekonomi negara Malaysia. Selain itu, perbankan Islam mengamalkan unsur yang telus dan jelas dan tidak menganiaya seseorang individu untuk membuat pinjaman. Hal ini demikian kerana perbankan Islam bebas daripada unsur riba.