Kisah Tiga Puteri iaitu Puteri Gunung Ledang, Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong ini diolah daripada kisah rakyat yang diceritakan semula dalam bentuk yang mudah serta diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris supaya dapat dimanfaatkan oleh generasi muda alaf baharu dalam dwibahasa. Buku ini mensasarkan kanak-kanak peringkat awal selain ibu bapa serta pengasuh kanak-kanak yang mencari bahan bermutu untuk dijadikan sebagai bahan bacaan tambahan yang dapat memberikan hiburan di samping nilai moral.