Penulisan santai ebook ini adalah hasil perkongsian penulis tentang resepi yang telah dicuba secara peribadi oleh penulis sendiri melalui hasil bacaan di internet. Penulis ingin berkongsi dengan para pembaca tentang pelbagai resepi yang mudah dan pantas. Ia amat sesuai untuk para wanita yang bekerjaya dan inginkan keluarga merasa air tangan sendiri. Perkongsian resepi oleh penulis hasil daripada pembacaan peribadi penulis ini banyak dipraktikan semasa situasi pkp. Diharapkan para pembaca dapat idea untuk memasak dalam tempoh yang singkat dan dijamin sedap.