E-book CIPTA KALENDAR & PLANNER HARIAN- DIY GUNA CANVA ini diterbitkan untuk berkongsi bagaimana untuk menghasilkan kalendar dan planner menggunakan aplikasi Canva. Kalendar dan planner sangat penting untuk membantu menguruskan tugasan atau aktiviti harian kita sebagai seorang pekerja, pelajar, suri rumah atau lain-lain yang memerlukan pengurusan kendiri yang efisyen. Justeru, kalendar dan planner bulanan atau tahunan ini dicadangkan kepada semua, untuk memastikan perincian tugas yang perlu dikenalpasti bagi menjalankan produktiviti kerja yang lebih optimum. E-Book ini dihasilkan untuk membantu pembaca menghasilkan sendiri kalendar dan planner dengan lebih kreatif mengikut kesesuaian masing-masing.