Buku ini adalah siri pengembaraan penulis ke Kashmir. Negara bergolak yang menjadi rebutan India dan Pakistan ini kaya dengan kecantikan alam semula jadi. Ia digelar sebagai negara 'Switzerland of Asia' kerana keindahannya. Setiap pengembaraan ada ceritanya tersendiri dan setiap cerita ada pengajaran. Bumi Allah ini adalah gudang ilmu yang luas yang dari nya dapat kita pelajari dari setiap kejadian ciptaan Allah.