Kursus Bahasa Arab (KABAR) SIRI 1 merupakan sesi dua jam pembelajaran untuk memperkenalkan empat kemahiran asas komunikasi iaitu kemahiran menulis, mendengar, membaca dan bertutur untuk pemula. Objektif siri ini ialah mempelajari asas tulisan dan bacaan Bahasa Arab di samping menuturkan sebutan huruf Arab serta mempraktikkan sapaan asas dalam kehidupan harian. CINTAI BAHASA ARAB BAHASA MUKJIZAT