Buku Toolkit Siswa Perbualan Arab-Inggeris-Melayu ditulis khusus untuk pelajar kolej dan universiti yang ingin menguasai komunikasi Arab dan Inggeris. Ia mengandungi perbualan dan frasa yang dapat membina kemahiran bertutur bahasa Arab berserta padanan dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Buku ini membantu siswa berkomunikasi berkaitan kehidupan sehari-hari dan keperluan pengajian. Rakaman audio perbualan dalam bahasa Arab turut disediakan.