“Bagi Balik Bantal Gua” digarab dari penceritaan al-marhum ayah mentua penulis yang mengalami pengalaman pelik ini semasa beliau dimasukkan ke hospital. Namun, penceritaan disesuaikan dengan genre fiksyen dan pengakhirat yang mendebarkan. “Aini” oh “Aini” adalah pengalaman salah seorang juruteknologi makmal perubatan yang telah menceritakan pengalamannya melihat makhluk menjilat darah yang tertumpah atau meleleh dari tiub di makmal. Mayat Menangis adalah cerita bagaimana Taufiq, PPK yang bekerja di bilik mayat di sebuah hospital diganggu oleh tangisan daripada mayat seorang pesakit COVID-19 yang disempurnakannya untuk pengebumian. Gangguan itu berterusan sehingga dikuburkan dan selanjutnya mengekorinya ke rumah.