Buku ini ditulis untuk membantu ibu bapa membimbing pengajaran pembelajaran anak tadika di rumah khususnya di musim Covid 19 di mana ibu bapa susah untuk mendapat bahan pengajaran dari luar rumah kerana masalah tidak boleh merentas daerah dan negeri. Terdapat pelbagai contoh bahan pembelajaran yang terdapat di persekitan rumah yang dipaparkan di dalam buku ini yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengajar anak mereka. Adalah diperakukan bahawa hanya sebahagian maklumat yang berkaitan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dibincangkan di dalam buku ini. Maklumat selanjutnya akan dibincang di dalam buku-buku yang akan diterbitkan kemudian . Contohnya di dalam buku yang bertajuk “ Kesinambungan Aktiviti Di Sekolah Dan Di Rumah “ akan membimbing ibu bapa bagaimana untuk mengajar kanak-kanak membaca buku cerita dalam Bahasa Inggeris dan membuat aktiviti selanjutnya. Di samping itu ibu bapa juga akan dibimbing untuk membaca buku dalam Bahasa Melayu dan mengajar anak supaya boleh membaca dengan cepat. Dalam siri buku “Pengajaran Pembelajaran Nilai Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak” pula pembaca akan didedahkan dengan semua asek nila yang perlu diajar dan diterapkan kepada kanak-kanak yang merangkumi nilai Islam dan nilai moral.