Buku ini merupakan pengenalan awal kepada konsep PERMATA Negara. Ia amat sesuai untuk rujukan semua pendidik, pelajar dan guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Buku ini memaparkan beberapa topik asas dalam pendidikan awal kanak-kanak yang membantu pendidik mengetahui dengan lebih jelas tentang falsafah konsep dan prinsip kurikulum PERMATA Negara, kerangka konsep kurikulum PERMATA Negara, Matlamat kurikulum PERMATA Negara dan teori-teori dalam pendidikan awal Kanak-kanak.