Ebook ini merupakan koleksi daripada bahan ceramah penulis iaitu “Memupuk Nur Kasih” Parenting Skill Anak Remaja Siri 1. Pengalaman penulis sebagai ibu bapa pada anak remaja malah pernah menjadi kaunselor dalam menangani isu-isu remaja dan kekeluargaan. Tidak dapat disangkalkan lagi zaman remaja penuh cabaran baik pada sisi remaja mahupun pada ibu bapa itu sendiri. Remaja belajar dari apa yang dialami dalam kehidupan ini. Oleh itu harapan penulis agar dapat berkongsi pengalaman tersebut dengan pembaca dalam memahami remaja dan keremajaan.