Ebook "HIRARC for Beginner 1 : Fahami Konsep Hazard, Risiko, dan Kawalan" adalah panduan asas bagi individu yang baru berjinak-jinak dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Ebook ini menyediakan pengenalan yang menyeluruh mengenai konsep Hazard Identification, Risk Assessment, and Risk Control (HIRARC), yang menjadi satu alat penting dalam pengurusan risiko di tempat kerja Melalui pendekatan yang mudah difahami, pembaca akan diperkenalkan kepada pelbagai jenis hazard, cara mengenalpasti risiko, dan langkah-langkah berkesan untuk mengurangkan atau mengawal risiko di tempat kerja serta contoh praktikal bagi memudahkan pemahaman.