Kisah ini menceritakan kebijaksanaan dan kepintaran seorang lelaki bernama Pak Telot memperdaya seekor harimau. Dalam kisah ini Pak Telot berusaha menyelamatkan diri daripada dibaham harimau tersebut. Pak Telot sedar beliau tidak akan mampu melawan harimau yang kuat dengan menggunakan kekuatan fizikal. Namun, kekuatan akal fikiran berupaya menewaskan harimau tersebut. Kisah dongeng dari Negeri Pahang ini membawa pembaca menyelami kebijaksanaan Pak Telot merancang strategi daripada mula sehingga harimau tersebut dapat ditewaskan.