Buku ini mengisahkan tentang himpunan simpulan bahasa yang mempunyai imej perlambangan 'tangan" yang berunsurkan negatif. Anggota tangan merupakan salah satu nikmat luar biasa yang dianugerahkan oleh Tuhan. Anugerah ini haruslah digunakan sebaiknya dengan melakukan pelbagai kebaikan serta menghindari dari sebarang kerosakan mahupun perkara yang sia-sia. Kesemua simpulan bahasa ini dikaji dari sudut negatif bertujuan memberi pengajaran kepada seluruh pembaca agar menghindari segala perbuatan yang membawa kepada keburukan dan kemudaratan kepada diri mahupun orang sekeliling.