Dalam kehidupan seseorang muslim, memahami jenis dan tahap emosi adalah perlu dan sangat penting, lebih-lebih lagi buat para wanita di luar sana. Hal ini dikatakan demikian kerana Islam menuntut setiap umatnya untuk membawa kehidupan dan tingkah laku mereka menuju ke arah kebaikan. Emosi wanita mudah terganggu, mudah juga untuk dileraikan. Semuanya disebabkan oleh hormon wanita yang unik. Mereka mudah bercakap dan bertindak dengan gaya emosi berbanding rasional. Namun, ia bukanlah kelemahan semata-mata kerana hati manusia juga dididik dengan emosi yang benar. Bahkan, emosi dan perasaan bukanlah sesuatu yang datang tanpa dipaksa. Tapi ianya dibentuk dan dididik, malah boleh dikawal dan dicambahkan. Hanya memerlukan langkah terbaik untuk memperindahkannya. Oleh itu, sekuat mana pun wanita ia tetap wanita, kembali kepada fitrah Allah yang menciptakannya. Sensitif, emosi, merajuk perlu disusuli dengan kata-kata sokongan dan penghargaan. Jika tidak dapat dipenuhi keperluan tersebut, doa dan aduan kepada-Nya pengganti semua itu. Kuatnya seorang wanita.