Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut. Buku ini telah menghuraikan serba sedikit makna di sebalik simpulan bahasa. Penggunaan simpulan bahasa dalam komunikasi secara lisan mahupun tulisan mempunyai fungsi dan makna yang tersendiri. Dengan penerbitan buku ini, diharap dapat dijadikan sebagai medium dalam meluaskan lagi bidang semantik khususnya simpulan bahasa.