Buku ini merupakan himpunan simpulan bahasa yang berfokuskan kepada unsur negatif bagi kategori anggota badan manusia. Setiap simpulan bahasa akan dibincangkan secara terperinci dengan menyatakan makna denotatif dan konotatif beserta contoh ayat yang menyatakan makna setiap simpulan bahasa berkaitan. Buku ini memfokuskan kepada simpulan bahasa yang berunsur negatif adalah untuk memberi kesedaran kepada pembaca supaya menghindari perbuatan yang negatif sehingga boleh membawa kemudaratan kepada diri dan orang sekeliling.