7 Menu Istimewa Berpantang: Kekal Awet Muda ialah koleksi resepi warisan turun temurun yang digunakan untuk masakan berpantang bagi ibu yang baru bersalin. 7 menu lengkap dengan nasi, lauk dan minuman bagi setiap hari yang diberi ini boleh diulang menunya untuk minggu-minggu berikutnya sehingga selesai tempoh berpantang. Semua menu ini disediakan melalui pengalaman serta kepakaran penulis sendiri. Semoga menu awal 7 hari berpantang ini, dapat dijadikan sebagai bahan rujukan mudah dicapai dan berguna untuk semua.