Mudah, lengkap dan terkini. E-buku ini menerangkan langkah demi langkah berserta info-grafik dan contoh untuk mendaftar akaun penerbit dan memohon ISBN/e-ISBN & PDP. E-buku ini juga menyenaraikan maklumat dan dokumen yang perlu disediakan sebelum permohonan dibuat serta menerangkan di mana barkod ISBN dan PDP perlu diletak di dalam e-buku penulis hingga ke proses muat naik e-buku dalam Sistem Depositori PNM. In sha Allah berjaya.